Sunday, August 14, 2011

Indahnya Ketidaksempurnaan


Kesegaran air yang belum tercemar di kampung ketika kecil dulu tidak dapat lagi dinikmati. Perigi di bawah bukit menjadi sumber air yang sangat berjasa. Kini bekas tempat peigi  itu hanya rata dan dipenuhi pasir.

Entah ke mana air yang keluar dari mata air yang pernah memberi kesegaran kepada keluarga kami sekitar 40 tahun yang lalu. Berbanding sekarang memang terbayang sukarnya mengangkut air perigi itu dari kaki bukit dan dibawa ke rumah untuk digunakan seharian.

Alat yang keluarga kami miliki ketika itu hanyalah pengandar. Sekali perjalanan hanya dua baldi yang dapat diangkut ke rumah, setiap satunya digantung pada hujung pengandar tersebut. Itupun sebahagian airnya ada yang tumpah di sepanjang jalan. Pengandar pun kini pupus ditelan zaman teknologi yang semakin berkembang... bukan pengandar air sahaja yang pupus , nasi kandar zaman kini pun tidak lagi dikandar tetapi dihidang di atas meja.

Bercakap mengenai pengandar atau kandar, suatu kisah yang sangat menyentuh singgah di minda dan perasaan saya. Kisah seorang wanita tua dan pengandarnya. Tidak logik pada akal tetapi sangat menyegarkan hati.

Perempuan Tua, Pengadar Air dan Bunga
Suatu masa di negeri Cina, ada seorang perempuan tua yang miskin setiap hari berulang alik mengangkut air dengan pengandarnya. Dek kerana miskin, satu belas pada pengandarnya telah bocor dan satu lagi sempurna dan dalam keadaan baik.

Setiap kali mengangkut air, perempuan tua ini menerima hakikat bahawa belas yang bocor itu hanya tinggal separuh airnya apa bila sampai ke rumah dan yang satu lagi penuh.

Selama bertahun-tahun inilah yang dilalui oleh perempuan tua yang tabah ini. Bekas sempurna dan berjaya membawa air penuh bangga dengan dirinya yang mampu berkhidmat kepada tuannya sedangkan bekas bocor sentiasa merasa rendah diri atas kekurangannya. Pasti khidmat pada tuannya tidak sesempurna bekas yang sempurna. Kedua-duanya berada di hujung pengandar pada kedudukan yang berlawanan.

Selepas beberapa tahun dalam keadaan demikian, suatu hari di tepi sungai ketika rutin biasa mengambil air, si bekas rosak meluahkan perasaannya kepada perempuan tua tersebut dalam keadaan yang sangat sedih.

"Aku malu dengan diri sendiri. Aku ni bocor...tidak sempurna seperti bekasmu yang lagi satu. Bila sampai ke rumah, aku ttidak pernah berjaya membawa air sebanyak dia."

Perempuan tua berhati tabah dan mulia itu tersenyum lembut sambil berkata :
"Aku sudah lama tahu tentang keadaanmu yang bocor kalau itu yang engkau anggap sebagai tidak sempurna. Tapi kekurangan tidak bermakna engkau tidak berguna. Sebab itu aku menabur benih bunga di sepanjang pinggir jalan yang kita lalui setiap hari. Setiap hari engkaulah yang menyiram benih-benih bunga sehingga ia tumbuh dan menghiasi jalan itu".

"Aku memetik bunganya, dibawa balik dan menghiasi rumah sehingga suasana rumah begitu tenang dan indah. Suasana ini memberi kelapangan fikiran dan perasaan sehingga aku bertenaga untuk melalui setiap hari yang berlalu. Bunga itu memberi inspirasi yang tidak ternilai..."

"Tanpa engkau aku tidak dapat menikmati kesegaran bunga-bunga itu. Keindahan dan kesegaran ini semua tidak ada tanpa engaku."

"Kekuranganmu sesungguhnya membuahkan keindahan yang hanya dapat dihargai dan dilihat dengan mata hati yang cerah...jadilah dirimu yang seadanya. Apa yang engkau anggap ketidaksempurnaan dalam dirimu, itulah sumber keindahan yang berjaya menyejukkan hatiku seperti air yang segar memnghilangkan dahaga di tekak yang kering."

Hati itu dan hari-hari seterusnya merupakan hari-hari indah bagi si bekas yang tidak sempurna. Titis-titis air yang keluar daripada rekahan bocornya dibiarkan dengan rela jatuh satu-satu kerana dia tahu akan ada kehidupan lain yang tumbuh daripada apa yang 'terbuang' sepanjang perjalanan dari sungai ke rumah tuannya, si perempuan tua yang berhati mulia dan sentiasa bersyukur.

Bekas Bocor Yang Kita Miliki
Agaknya berapa ramai antara orang-orang terdekat seperti 'bekas bocor' dalam kehidupan kita. Orang-orang yang berhak menerima kasih sayang, perlindungan dan penghargaan tetapi mereka tidak mendapatkannya kerana mereka hanya 'bekas bocor' yang tidak mampu membawa 'air yang cukup' untuk kita. Mungkinkah pernah disingkirkan orang-orang tertentu hanya kerana mereka 'bekas bocor'.

Pernahkah kita dengan suci hati membantu mencari peluang dengan 'menabur benih-benih' supaya ketidaksempurnaan menjadi rahmat untuk seluruh alam? Atau 'bekas-bekas bocor' terus dibuang daripada kehidupan atau dianggap sebagai beban dan yang sering mereka terima hanyalah kata-kata sindiran dan penghinaan.

Alangkah indah jika memiliki seperti hati perempuan tua miskin pemilik 'bekas bocor' yang melengkapkan pengandarnya.

Alangkah indah, damai dan sejukanya memiliki ikatan kekeluargaan, ikatan persahabatan, ikatan kemasyarakatan, ikatan sebagai rakan kerja, ikatan antara majikan dan pekerja, antara peminpin dan rakyat seperti perempuan tua dan 'bekas bocor' pada pengandarnya.

Inspirasi Daripada An Naafi Maha Memberi Manfaat
Kesempurnaan hanya milik Allah. Dengan kesempurnaanNya, Dia menjadikan ketidaksempurnaan makhluk sebagai suatu rahmat. Maha Suci Allah yang An Naafi' (Maha Memberi Rahmat) daripada menciptakan suatu yang sia-sia.

Maksud surah Al-Mukminun, ayat 115 :
"Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu sia-sia dan bahawasanya kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?

Andai rasa diri sempurna, manusia mungkin sahaja merosakkan dirinya dengan sikap sombong, bongkak dan ego sehingga memandang rendah terhadap manusia lain. Ketika menyedari diri lemah, kurang dan tidak sempurna.. baru tercetus keinginan untuk bergantung dan menumpang kesempurnaan daripada Allah yang Maha Sempurna sehingga kekurangan pada diri mampu membuahkan rahmat untuk seluruh alam.

Maksud surah Al-Isra, ayat 37:
"Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan bongkak. Sebab engkau tidak akan mampu menembus bumi, dan tidak pula dapat menjulang setinggi gunung."

Semoga ketidaksempurnaan sebagai makhluk tidak menghalang daripada bersyukur dan tidak juga menjadi penghalang untuk menjalankan peranan sebagai manusia yang membawa rahmat untuk seluruh alam seperti yang ternukil dalam surah An Anbiya, ayat 107 :
"Dan tiadalah kami mengutus engkau (Wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam."

'Kembali' Selepas 56 Tahun



Saya nak kongsi salah satu bahagian odessey ;

Dua bayi perempuan dilahirkan pada musim bunga tahun 1953 di Heppner,Orgeon, Amerika Syarikat. Kedua-duanya membesar,berkahwin,membina keluarga seperti orang lain. Namun keduanya dikejutkan 56 tahun kemudian dengan berita yang tidak pernah diduga. Mereka rupanya telah tertukar semasa bayi ketika di hospital tempat mereka dilahirkan selepas penjaga bayi memandikan mereka.

Memang luar biasa penemuan ini. Mungkin satu dalam sejuta, namun tiada yang luar biasa apabila Allah mengkehendaki. Dia yang mentakdirkan pertukaran tersebut dan Dia juga yang membongkar kembali rahsia yang tersimpan selama 56 tahun, malah ibu bapa kedua-dua bayi tersebut juga tidak pernah tahu kerana mereka meninggal dunia sebelum hal sebenar terdedah.

Kay Rene dari daerah Condon dibesarkan dalam keluarga Reed dan kemudian berkahwin lalu menggunakan nama Kay Rene Reed Quall. Dee Ann yang tinggal di Fossil pula dibesarkan dalam keluarga Angell, apabila berkahwin menggunakan nama Dee Ann Angell Schafer.

Panggilan Telefon
Tahun 2009, Bobby Reed, abang kepada Kay Rene menerima panggilan telefon daripada seorang wanita tua berusia 86 tahun. Wanita ini kenal ibu Bobby dan tinggal berjiran dengan keluarga Angell di daerah Fossil. Menurut wanita ini, Marjorie Angell pernah meluahkan bahawa hatinya kuat merasakan bahawa bayinya telah tertukar semasa di hospital. Bagaimanapun, lama kelamaan Marjorie akhirnya melupakan sahaja rasa hatinya itu.

Bobby dengan rasa ingin tahu berjumpa dengan wanita yang menelefonnya. Wanita itu membawa gambar kanak-kanak perempuan yang berusia awal belasan tahun.
"Rupa budak ini macamKay Rene semasa kecil..." komen Bobby.
"Sebenarnya Kay Reen bukan anak keluarga Reed." Wanita itu membuka cerita.

Gambar kanak-kanak tadi adalah gambar adik kepada Dee Ann Angell. Bobby memberitahu dua orang kakaknya mengenai cerita ini dan salah seorang kakaknya memberitahu Kay Rene, yang pastinya sangat terperanjat dengan khabar tersebut.

Menjalani Ujian DNA
Kedua-dua keluarga yang ibu bapa masing-masing telah meninggal dunia bertukar-tukar maklumat. Dee Ann yang menetap di Washington diberitahu mengenai isu tersebut oleh kakaknya, Juanita.

Mereka menyiasat khabar angin yang mengatakan Kay Rene dan Dee Ann tertukar semasa bayi dan Kay Rene bertegas ingin menjalanii ujian DNA ke atas Kay Rene, Dee Ann, Bobby dan Dorothy.

Bobby dan Dorothy adalah adik beradik Kay Rene dalam keluarga Reed.
Keputusan DNA Kay Rene menunjukkan perkaitan genetik 'sifar' dengan Bobby dan Dorothy, adik beradiknya dalam keluarga Reed. Manakala keputusan j ujian DNA Dee Ann menunjukkan 99.9 peratus perkaitan genetik dengan Bobby dan Dorothy. Kay Rene dan Dee Ann bertemu selepas menerima keputusan ujian DNA.

"Selepas berjumpa Kay rene, saya terus balik ke rumah dan memberitahu suami. Saya kata, mula-mula saya tak tahu kenapa perempuan itu beria-ia nak menjalani ujian DNA."
ee Ann mengingat kembali saat-saat keputusan DNA didapati.
"Saya rasa terkejut apabila melihat wajah Kay Rene seperti kembar kepada adik perempuan saya..."

Belajar Menerima Hakikat
"Saya menangis. Saya mahu terus menjadi keluarga Reed.."  Ini luahan rasa Kay Rene.
"Hidup saya sangat gembira dan bahagia dalam keluarga ini. Semua kengan indah dengan kelurga ini sepatutnya milik Dee Ann. Apabila saya melihat dia, saya merasa seolah-olah telah melakukan satu penipuan.."  sambung Kay Rene lagi.

"Saya sedang cuba untuk menjalani masa depan dengan fikiran positif. Saya sayngkan anak-anak. Saya cintaka n suami saya. Dan saya bahagia dengan kehidupan yang saya miliki sekarang."

Ini pula luahan perasaan Dee Ann selepas mengetaui rahsia yang terbongkar selepas 56 tahun.
"Saya tidak boleh menoleh ke belakang. Ini boleh membuat saya jadi gila! sedih apabila mengenangkan yang saya tidak pernah berkesmpatan mengenali ibu bapa kandung ynag sebenar."  Dee Ann Angell Schafer berkongsi perasaanya dengan penonton siaran televisyen Good Morning America.

Kay Rene dan Dee Ann menjadi sahabat dan meriakan hari lahir bersama-sama. Kay Rene memperkenalkan Dee Ann kepada rakan-rakan dan teman kerja sebagai "My Swister", merujuk kepada perkataan 'tertukar' (switch) dan 'adik beradik perempuan' (sister) dalam bahasa inggeris.

Inilah salah satu peristiwa antara jutaan peristiwa yang ditakdirkan oleh Yang Maha Pencipta dan Perancang.

Luar biasa atau tidak.. segalanya atas perancangan dan pelaksaan Allah. Semuanya menyerlahkan sifat Maha Sempurna dan Maha Agung-Nya.

Sifat Keagungan Allah Tersirat Di Sebalik Peristiwa

Allah Al Muid (Maha Mengembalikan) mengembalikan mereka kepada keluarga sebenar. Sifat Allah Al-Muid yang ternulik dalam Asmaulhusna bukan sahaja menjelaskn sifat Allah Yang mempunyai kuasa mutlak mengembalikan kejadian makhluk kepada kejadian asal, menghidupkan kembali selepas kematian, malah teraspirasi juga dalam peristiwa Kay Rene dan Dee Ann. Kembalinya mereka ke pangkuan keluarga kandung pada logic akal memang agak mustahil.


Namun Allah mengekalkan maklumat pada seorang wanita tua yang dipanjangkan umur untuk membongkar rahsia yang tersimpan selama 56 tahun. Allah jugalah yang membisikkan kepada wanita tua tersebut supaya prihatin dan berusaha mencari mereka yang terlibat seterusnya membawa kepada perbualan dengan Bobby Reed melalui telefon.


Bukan sahaja Allah ‘simpan’ maklumat dalam ingatan wanita tua itu, tetapi menyimpan ‘maklumat’ dalam setiap sel manusia maklumat genetic dalam bentuk DNA yang diturunkan dari sulbi ke sulbi mereka yang mempunyai kaitan kekeluargaan dan darah. Ujian DNA dapat ‘menceritakan’ sejarah yang terkubur 56 tahun walaupun kedua ibu bapa Kay Rene dan Dee Ann telah lama bersemadi. Maha Agung Allah yang Al Musawwir (Maha Pembentuk) yang menciptakan manusia daripada sel-sel sebagai penyimpan maklumat turun menurun. Siapakah selain  Allah yang mampu menciptakan molekul-molekul kimia DNA yang ‘hidup’ yang seolah-olah menjadi ‘buku’ atau ‘perpustakaan’ maklumat diri manusia turun menurun.


Maha Agung Allah yang Maha Jaami’ (Maha Menghinpunkan) yang menghimpunkan dua keluarga atas suatu peristiwa yang luar biasa. Kay Rene dan Dee Ann menjadi sahabat dan juga ‘keluarga’. Allah jualah yang melapangkan hati mereka untuk menerima apa yang berlaku.


Sungguh tidak ada istilah sukar  atau mudah bagi Allah dalam pelaksaan qada dan qadarNya. Dengan kehendakNya, Dia berkata “jadilah” maka berlakulah apa yang ditakdirkan.
            
Sesungguhnya daripada Allah kita semua datang dan kepadaNya kita akan dikembalikan. Kehidupan di alam dunia ini bermula ketika dilahirkan dan sepanjangnya adalah perjalanan kembali kepadaNya. Semoga maksud firman Allah berikut menjadi panduan sepanjang perjalanan pulang kepada Allah.

Buku: Ya Allah... Akalku Terhad. Ilmuku Dangkal


Penulis                    : Sofiyah Satuyah Rasin
Sumber Pembelian : MPH 1Utama (2011)
Terbitan                 : Oasis Books Sdn Bhd
Harga                     : RM18

Odyssey dalam buku ini adalah tentang pengembaraan hati, silih bergantinya perasaan dalam menghadapi setiap peristiwa yang ditakdirkan sepanjang pengalaman hidup seharian walaupun pengalaman itu pada zahirnya kelihatan remeh-temeh, kecil dan dianggap ‘tiada apa-apa yang penting’ atau ‘biasa-biasa saja.’
Perasaan manusia bersilih ganti, datang dan pergi. Cinta, kasih, sayang, gembira, bahagia mengharap, bersemangat, yakin, bersyukur, sedih, kesal, marah, bimbang, risau, tercabar, malu, kagum, cemburu, kecewa, jijik dan sebagainya.

Setiap pengalaman dan perasaan adalah platform atau peluang mengenal Allah. Allah suka diri-Nya dikenali seperti maksud hadis qudsi:

"Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku suka dikenali, lalu Aku ciptakan makhluk supaya Aku dikenali"

Semoga silih bergantinya perasaan tidak menyebabkan kita lupa bahawa kita hanya hamba yang perlu tunduk dan pasrah kepada Allah yang Maha Agung. Apa jua yang datang, semoga doa dari maksud ayat quran berikut menjadi penawar.


TAJUK-TAJUK ODESSEY PENULIS :
Suara Hati si Kecil
Al Alim - Lautan Tidak Cukup Menjadi Tinta
Al Haadi & Google Earth
Inspirasi Al Mani' - Kisah Anak Imam
Respon Daripada Al Mujib
Al Mukmin dan Kota Janji 3 Dekad
An Nafi' dan Pokok Buluh
An Nur - Penyuluh Kegelapan Kepada Cahaya
Matahari, Jerebu dan An-Nur
Antara Ideal dan Realiti - Ruang Belas Kasih
Al Matin, Al Jabbar dan Al Wadud - Anugerah Buat Banduan
Kecacatan - Satu Anugerah
AS SAMI' - 'Biro Pengaduan' yang Tidak Perlu Rehat
Bom Atom & Seorang Tua Di hujung Kampung
Bryan Anderson & Ar Raqib
Al Khaliq Maha Pencipta dan Ciptaan
Sudah Lama Tidak Gelak...
Getaran hati Tufail Ibn 'Amr
Hijrah 3 Generasi Mariposa Monarca
Membeli Belah & Musim Hujan
Indahnya Ketidaksempurnaan
inspirasi Al Jami' Daripada Telefon Bimbit
Limpahan Kasih Sayang Rahman Ar Rahim Jangan Dicatu
'Kembali' Selepas 56 Tahun
Inspirasi Kerajaan Diri di Negara Brunei Darussalam
sampah, Semangat & Inspirasi daripada Al Ba'its
Kunci dan Inspirasi Al Fattah
Tiga Darab Lapan, 23 !
Larian Di Balapan Kehidupan
Inspirasi kemerdekaan Daripada Al Maalikul Mulk
As Syaakur : Maha Mensyukuri
Pelangi, Harapan & Kedamaian
Al Wadud - Pengawet Cinta
Petua Ibu, Beras dan Kehidupan
Nikmat, Rahmat dan Keadilan
Roda Kehidupan
Rujuk Pada Al Khaliq dan Al Amin
Sakit Gigi : Sapaan Daripada Al Muhyi dan Al Mumit
Samar di minda, Yakin di Hati
Tentang Rasa, Lidah dan Hati
Fenomena Spiritual : Energi Marah membuahkan bahagia
Wakil Allah di Hening Malam

Friday, August 5, 2011

Damba Cinta-Mu - Raihan





Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat




Dari Album Kedua : Syukur

Cinta Hakiki - Raihan




Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Cintakan Allah tiada kecewa
Engkaukan tenang di waktu susah
Kembalilah kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti

Kehadiran hambaNya
Yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangNya tidak bertepi


Dari Album Ketiga : Senyum (1999)

Raihan - Carilah Cinta



Carilah cinta yang sejati
Yang ada hanyalah pada-Nya
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya pada-Nya Yang Esa

Carilah cinta yang abadi
Yang ada hanyalah pada-Nya
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada Tuhanmu

Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang diredahi

Namun janji-NYA
Kepada hamba-NYA
Tidak pernah dimungkiri
Dan tidak pernah melupakanmu
Yakinlah kepada Tuhanmu
Kerna Dialah cinta hakiki


Dari Album : Demi Masa (2002)

Raihan - Kembali




Kehidupan yang kau lalui tiada bererti
Namun kau masih tak menyedari
Bila wajahmu pucat lesu terbujur kaku
Bimbang hidup kau kan berakhir
Tidakkah kau tahu Dia yang Maha Kuasa
Masihkah tak mengerti?
Tiada hidup tanpa-Nya... Allah
Subhanallah

Lalu kau pun tunduk membisu
Sejuta ketakutan
Bayangkan dosa mu bagai lautan
Haraplah diberi peluang
Umur yang panjang
Kau kan jadi hamba yang sejati

Allah Maha Pengasih
Allah Maha Pengampun
Kembalilah kepada fitrahmu
Allah Maha Pengasih
Allah Maha Pengampun
Sedarlah kau dari kesilapan mu

Lalu kau pun sujud mengaku
Hilang keangkuhanmu
Cabutlah noda hitam di hatimu
Haraplah di beri peluang
Beribadah kembali
Kau kan jadi hamba yang sejati

Engkau pun menyedari
Jangka waktu yang di beri
Kau pun sedari
Cinta-Nya yang abadi

Allah Maha Pengasih
Allah Maha Pengampun
Kembalilah kepada fitrahmu

Allah Maha Pengasih
Allah Maha Pengampun
Cintai Ilahi
Cinta yang hakiki
Subhanallah


Dari Album : Puji-Pujian (1997)

Raifan - Ä°tiraf



Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

(arabic verse)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu


Lagu Tema Filem Syukur 21 - lakonan Raihan dan Yasin (2000) ^_^

Sesungguhnya - Raihan


Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu




Dari Album : Puji-Pujian (1997)


Lagu/video klip pertama yang Allah telah tentukan untuk mengetuk pintu hati saya pada tahun 2000.. Alhamdullilah ^_^

Thursday, August 4, 2011

Pembuka Bicara: Cinta ALLAH, Cinta Sejati

Sumber: Google

Hakikatnya sejak zaman roh lagi, kita telah pun berjanji bahawa hanya Allah sahajalah cinta kita. Akan tetapi kita menjadi 'lupa' tatkala dilahirkan di dunia apatah lagi dengan cara didikan yang jauh dari ajaran Allah ditambah pula dengan dugaan yang mendatang. Maka, marilah kita bermunasabah diri. 'Ingatkan' semula apa janji kita kepada Allah, dengan memahami akan tujuan kita dilahirkan di dunia ini iaitu memperhambakan diri kita kepada Pencipta - Allah S.W.T. kerana apabila saat kita meninggalkan dunia dan kembali kepada Nya.. apakah yang dapat kita bawa? apakah cinta yang dapat kita bawa? melainkan cinta Allah. Manusia yang selamat adalah manusia yang cintakan Allah kerana dia tahu itu adalah destinasinya - destinasi cinta yang sebenar,cinta yang sejati. Manakala malang bagi manusia yang mencari cinta selain Allah kerana akhirnya dia tetap akan bertemu dengan Allah tetapi membawa 'tangan kosong' pula... 

Marilah kita renungkan.. sesungguhnya apa sahaja perkara yang bertentangan dengan ajaran agama Allah, pada akhirnya hanyalah menjadi suatu yang sia-sia.. (seperti cintakan dunia, cintakan manusia, cintakan harta). Maka, janganlah mensia-siakan ia kerana hidup ini hanya sementara. Yang kekal adalah di sana (akhirat). Yang kekal, hanyalah cinta kepada Allah.

Didikan Tuhan dalam solat

Dengan nama ALLAH yang Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sumber : Google
Untuk mendekatkan diri kita dengan Tuhan, kita perlu memperbaiki diri. Memperbaiki diri di sini bukanlah bermaksud hanya memperbaiki diri yang zahir tetapi juga yang batin. Memperbaiki diri yang batin ialah dengan menyuci dan membersihkan roh dari najis-najis dan kekotoran-kekotoran ynag bersifat maknawi, yang melekat pada setiap wajah rohani kita sama ada pada akal, pada hati dan pada nafsu.

Najis akal ialah kesyirikan dan men’syariat’kan Tuhan dengan sesuatu yang lain. Najis akal termasuk juga segala pegangan kepada fahaman dan ideologi fahaman manusia.

Najis hati ialah segala sifat-sifat keji dan mazmumah yang bersarang di hati seperti riak, sombong, angkuh, tinggi diri, hasad dengki, pemarah, pendendam dan sebagainya.

Najis nafsu pula ialah segala dorongan jahat dan negatif yang kalau dituruti akan membuahkan dosa dan kemurkaan Allah S.W.T.

Apabila roh sudah diperbaiki dan disucikan  maka akan terbukalah jalan untuk mengenal diri dan seterusnya mengenal Tuhan. Untuk mempunyai perasaan dan rasa bertuhan dan kehambaan. Untuk merasakan bahawa Allah sentiasa wujud di dalam hidup kita , yang sentiasa Melihat, sentiasa Mendengar, dan sentiasa Mengetahui akan hal kita zahir dan batin.

Jalan untuk memperbaiki diri ialah dengan berzikir. Bermula dengan zikir qauli (lidah), zikir fi’il (perbuatan) dan zikir qalbi (hati).

Zikir yang paling agung ialah solat. Di dalamnya terkandung segala bentuk zikir, segala bentuk amalan para malaikat dan segala bentuk amalan para nabi dan rasul. Di dalamnya kita meminta petunjuk , kita meminta ampun, kita mengadu dan kita bermanja dengan Tuhan. Di dalamnya juga kita memuji, membesarkan dan mensucikan Tuhan.

Di dalam solat, Allah mendidik kita. Namun demikian, Allah tidak mendidik semua orang yang mendirikan solat. Allah hanya mendidik orang-orang yang tertentu sahaja iaitu orang-orang yang khusyuk, tawaduk , khuduk dan ikhlas di dalam solat. Allah S.W.T. hanya mendidik orang-orang yang membawa fikiran dan hati mereka di dalam solat. Iaitu orang-orang yang faham apa yang mereka buat dan faham apa yang mereka lafazkan. Orang-orang yang dapat menghayati dan merasakan di hati tentang apa yang mereka buat dan lafazkan di dalam solat.




Bermula dengan takbiratul ihram (Allah Akbar). Jika difahami dan dihayati bersungguh-sungguh akan menimbulkan rasa tertentu di hati. ‘Allah Akbar’ di dalam tadbir itu bermaksud ‘Allah Maha Besar’. Ia merangkumkan sifat-sifat Allah yang hebat-hebat seperti sifat Gagah, Perkasa, Berkuasa, Yang Menghidupkan, Yang Mematikan dan banyak lagi melalui 99 nama-nama Tuhan. Apabila Dia berkata, “Jadi” maka “Jadilah ia”. Dengan tadbir itu, hati akan berasa takut dan gerun dengan Allah. Begitulah Allah mendidik kita. Apabila kita berasa takut dengan Allah, maka mudahlah kita menghindarkan diri daripada berbuat dosa dan kemungkaran serta segala apa yang Allah larangkan. Kita sentiasa akan takut tersisih dari rahmat dan keampunan serta kasih sayang Tuhan.

Namun begitu, jika perasaan takut sahaja yang Allah campakkan ke dalam hati orang-orang yang mendirikan solat, maka akan lahirlah hamba-hamba Allah yang sentiasa takut dan hanya berusaha untuk mengelak dari membuat kemungkaran dan dosa. Tidak ada dorongan untuk mencetuskan kebaikan-kebaikan yang lain. Oleh itu Allah syariatkan juga dalam solat supaya dibaca “Bismillahirrahman nirrahim” terutama pada setiap awal surah Al-Fatihah. Di dalam mazhab Syafie, Basmalah ini merupakan sebahagian daripada ayat Al-Fatihah yang wajib dibaca dalam solat.

Kalau Basmalah ini pula dihayati dengan bersungguh-sungguh, kita akan dapat merasakan bahawa betapa pemurah dan penyayangnya Tuhan yang sentiasa mencurahkan nikmatnya kepada manusia sama ada yang berbentuk lahiriah atau material mahupun maknawi atau spiritual. Dengan ini akan timbul rasa cinta dan kasih kepada Tuhan. Rasa cinta ini akan mendorong kita berbakti dan berbuat kebaikan untuk Tuhan serta berusaha dan berjuang untuk mendapat cinta dan kasih sayangNya.

Kita disyariatkan pula supaya membaca Hamdalah iaitu “Alhamdullilah” pada awal surah Al-Fatihah. Di sini kita memuji Tuhan sebagai tanda syukur dan terima kasih kita atas segala rahmat,  nikmat dan kebaikan yang telah dikurniakanNya kepada kita.


Jadi, kita lihat, didalam solat itu terkandung berbagai didikan dari Tuhan yang di antara satu sama lainnya saling kait-mengait dan kuat-menguatkan. Solat itu ibarat satu siri atau satu set didikan rohaniah yang lengkap dan seimbang. Supaya hamba yang mendirikan solat itu terdidik dan terbina sebagai insan yang seimbang dan kukuh lahir batinnya.

Di samping untuk memupuk sifat takut dan cinta kepada Tuhan, berbagai-bagai lagi didikan terdapat di dalam solat. Doa yang disyariatkan contohnya, akan meningkatkan dn menajamkan lagi sifat-sifat hamba yang pada kita. Ianya akan menambahkan pergantungan, menaruh harapan dan penyerahan kita kepada Tuhan. Mengadu-ngadu kepada Tuhan di dalam solat pula akan melapangkan dada seseorang hamba kerana telah meyerahkan segala beban masalahnya kepada Tuhan untuk diselesaikan. 

Begitulah caranya Allah mendidik hamba-hambaNya yang ikhlas, khusyuk, tawaduk dan khuduk di dalam mendirikan solat dengan berbagai didikan bermual dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam.

Suntingan koleksi asal dari artikel majalah Ana, Wacana Alim (terbitan tahun antara 2000-2002) oleh Mejar (B) Abu Dzarin

Susah sungguh beradab dengan ALLAH...

Dengan nama ALLAH yang Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sumber : Google
Kalau orang berkata kepada kita : “Engkau kurang ajar,” atau “Engkau tidak senonoh”, bagaimana perasaan kita ketika itu? Kalau rasa kehambaan kita tebal, kita akan berkata, “Memang benar, saya memang kurang ajar sama ada dengan Tuhan atau dengan manusia” atau memohon maaf sahaja. Tetapi seandainya jka tiada rasa kehambaan di dalam hati malah rasa tuan yang tebal, kita akan mudahnya melenting, marah, kita rasa tidak cukup senang dengan penghinaan itu. Maka kata-kata itu kita akan ingat sampai mati dan ingin membalas dendam kalau ada peluang. Begitulah sensitifnya manusia kalau orang tidak beradab dengannya.
Setiap orang, ingin orang lain beradab dengannya, sekalipun dia kurang ajar dengan orang lain. Secara sejagat, manusia sukakan adab yang baik. Orang kaya, miskin, orang jahat, orang tua, orang muda semuanya sukakan adab yang mulia.

Tuhan mewajibkan manusia beradab dan berakhlak dengan Allah dan dengan manusia. Tetapi umumnya manusia sangat menitikberatkan adab ini bila berhubung sesama manusia sahaja. Adab dengan Tuhan tidak dipedulikan sangat. Sepatutnya adab dengan Tuhan haruslah diperbaiki dan bagus dahulu kerana secara tidak langsungnya adab sesama manusia akan terbina dengan izinNya.

Beradab dengan Tuhan itu sangat susah. Kalau hati belum takut dan cinta kepada Allah, inilah yang menghalang manusia untuk beradab dengan Tuhan. Hati yang tidak kenal Tuhan itu menyimpan penyakit-penyakit mazmumah. Selagi hati manusia belum bersih dari penyakit hasad dengki, gila dunia, berdendam, gila nama, gila kuasa, riak, ujub, bakhil dan banyak lagi sifat-sifat keji yang lain bagi hati, selagi itulah Tuhan tidak dikenal, dihormati, disanjung, dibesarkan dan dimuliakan.

Bukti-bukti Susahnya Kita Hendak Beradab Dengan Tuhan, antaranya ialah :

1)    Tuhan adalah cinta agung dan ‘sahabat’ yang sangat setia yang melindungi, memberi rezeki dan menjaga keselamatan kita. Begitu besarnya budi Tuhan kepada kita. Agung dan KuasaNya  Dia ke atas kita tidak terhingga.  Sepatutnya Tuhanlah yang paling kita cintai dan kita besarkan. Tapi hanya akal kita yang mengakui, manakala hati yang kotor dengan mazmumah menyebabkan kita lebih mencintai dan membesarkan dunia. Ertinya kita sudah biadab dengan Tuhan Yang Maha Berjasa.

2)      Payah nak rasa Tuhan itu wujud , dan tahu tentang kita. Merasa kewujudan dn kehadiran Tuhan, merasai Tuhan Maha Melihat, Mendengar, Menguasai dan lain-lain itu adalah rasa-rasa bertuhan yang dituntut oleh Allah agar kita sentiasa mengingatiNya. Kita bersolat lima kali sehari semalam. Lima kali secara rasmi kita dibawa mengingati Tuhan, tapi apa yang kita ingat dalam solat kita? Sedangkan Allah berfirman yang bermaksud :
“Dirikan lah solat untuk mengingatiKu.”

Orang yang mengingati Allah akan rasa Allah itu wujud dan Allah Maha Mengetahui tentangnya zahir dan batin dirinya. Datang rasa takut dan gementar akan kehebatan Allah. Inilah yang dikatakan orang yang beradab dengan Allah.

Jika secara rasmi melalui solat pun kita gagal untuk beradab dengan Tuhan, maka pada waktu-waktu biasa , ketika bekerja, ketika bersama rakan, isteri, suami dan anak-anak, lebih-lebih lagilah sukar. Ini membuktikan solat kita belum membakar mazmumah yang menjadi penghalang untuk kita beradab dengan Tuhan. Riak, ujub, gila dunia, sombong, takabur, tamak, bakhil, sebenarnya masih bersarang di hati.

3)      Apabila melihat alam, langit, gunung-gunang, laut yang terbentang luas, bencana alam seperti kebakaran, banjir besar, angin taufan, gempa bumi, kemalangan jiwa yang besar seperti terhempasnya kapal terbang yang mengorbankan berates-ratus penumpang, sediit pun tidak rasa takut dengan Tuhan. Sedikit pun tidak pernah mengambil pengajaran apakah semua ini berlaku secara tiba-tiba atau disebabkan kecuaian manusia atau dengan kuasa Tuhan yang mengaturkan semua ini supaya manusia dapat berfikir.

Apa sudah jadi dengan hati yang seumpama ini? Hati sebenarnya tidak berfungsi dengan sewajarnya. Ia sudah mati. Hati masih tidak sensitif, tidak rasa gementar, dan taku kepada Tuhan. Di mana adab kita dengan Tuhan?

4)      Begitu juga jika dapat nikmat. Payah hati nak rasa malu dan bersyukur dengan Tuhan. Sebaliknya jika ada orang memberikan sesuatu yang berharga kepada kita, hati kita sangat gembira dan berterima kasih kepadanya. Timbul di hati ingin membalas pemberian itu. Kita puji orang itu berjela-jela panjangnya. Kalau dia orang besar, kita besar-besarkan dia. Kita sanjung dan hormati. Tetapi jika Tuhan memberikan kita nikmat, adakah mudah lidah kita mengucapkan “Alhamdullilah” (segala pujian kepada Allah) iaitu memulangkan semula rasa nikmat kesyukuran itu kepada tuan punya nikmat? Adakah mudah kita membalas nikmat Tuhan melalui perbuatan dengan melakukan semua suruhanNya? Adakah kita akan membesar-besarkanNya dengan zikir Alhamdullilah itu dan ucapan zikir-zikir yang lain?

Betapa manusia mudah lupa siapa dirinya. Siapa tuannya.

Suntingan koleksi asal dari artikel majalah Ana, Tuhan Rafiqul A’la (terbitan tahun antara 2000-2002) oleh Rashidi Abdullah.

Hakikat Bersyukur

Dengan nama ALLAH yang Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sumber: Google
Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini tidak sedetik pun terlepas dari diuji. Dengan ujian kesusahan ataupun dengan ujian kenikmatan yang silih berganti siang dan malam. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dan menerima kesusahan serta bersyukur menerima nikmat. Kalau kedua-dua perkara ini manusia tidak mahu lakukan, Allah S.W.T. ada beriman di dalam sebuah hadis Qudsi yang maksudnya : “Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain. "

Jadi pada hakikatnya apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Samada ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua bentuk ujian ini , hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu sabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila menerima nikmat.

Di mana kedua-dua tuntutan ini jika sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan berat untuk dipraktikkan. Ini kerana dalam bersabar , hati manusia perlu melalui kesusahan, tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu. Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula sekali imbas ,nampak lebih senang dan mudah kerana hati berada dalam keadaan tenang dan gembira, tidak ada tekanan dan penderitaan.

Adakah ini benar?

Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang mampu bersyukur? Kenapalah orang-orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya sepertimana Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud, “Sedikit sekali hamba-bamba-Ku yang bersyukur.”

Bersyukur ini sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang apabila mendapat nikmat memuji Allah. Mereka mengucapkan “Alhamdullilah”. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi kalau sekadar ucapan sahaja, tetapi tunututan-tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan maka ditakuti ucapan “Alhamdullilah” itu seolah-olah hanya mempermainkan atau mempersendakan Allah sahaja.

Ramai juga orang apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala, lantas mereka memuji  Allah dan mengucapkan “Alhamdullilah” . Di samping itu hati mereka benar-benar merasa bahawa Allah lah yang telah memberi mereka nikmat itu dan Allah lah yang menjauhkan bala itu. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati. Ini syukur peringkat kedua.

Adapun syukur yang sebenar itu adalah apa yang diucapkan oleh lidah, apa yang dirasakan di dalam hati, lalu ia dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan “Alhamdullilah” dan disamping merasa di dalam hati bahawa Allah lah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Ini hakikat kesyukuran yang sebenarnya.

Kalau kita kaya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah. Contohnya untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah untuk mendapat keredhaanNya.
Firman Allah, “Kalau kamu bersyukur ke atas nikmat-nikmatKu, nescaya akan Ku tambah nikmat-nikmatKu. Tetapi jika kamu kufur, ingatlah sesungguhnya seksaanKu amat pedih.”

Syukur seperti inilah Allah suka. Dia akan tambah lagi nikmatNya, untuk ‘cover’ balik apa yang telah dikorbankan ke jalan Allah itu.

Di dalam bersyukur itu ada tugas, kerja dan tanggungjawabnya iaitu mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah kurniakan itu ke jalan Allah. Nikmat Allah itu perlu ditadbir, diurus dan digunakan ke jalan yang betul. Amat mudah bagi manusia lupa diri dan menggunakan nikmat Allah itu kepada jalan yang sia-sia. Kalau itu berlaku maka nikmat itu akan bertukar menjadi bala dan mendapat laknat daripada Allah.

Di dalam bersabar, kita tidak ada kerja dan tanggungjawab tambahan. Apa yang perlu ialah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah dan bersangka baik denganNya.

Barulah kita faham kenapa Allah S.W.T berfirman bahawa sedikit sekali hambaNya yang bersyukur kerana bersyukur itu sendiri sebenarnya bukanlah suatu perkara yang mudah.

Sumber: Google
Suntingan koleksi asal dari artikel majalah Ana, Wacana Alim (terbitan tahun antara 2000-2002) oleh Mejar (B) Abu Dzarin

10 Wasiat dari Imam al-Syahid Hassan al-Banna

Dengan nama ALLAH yang Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sumber: Google

APABILA MENDENGAR AZAN maka bangunlah bersolat serta merta walaubagaimana
keadaan sekali pun

BACALAH AL-QURAN, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak berfaedah

BERUSAHALAH UNTUK BERTUTUR DALAM BAHASA ARAB, kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam

JANGANLAH BERTENGKAR dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan

JANGANLAH BANYAK KETAWA kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa
 tenang lagi tenteram

JANGANLAH BERCAKAP LEBIH NYARING daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu yang sia-sia malah menyakitkan hati orang

JAUHILAH UMPAT-MENGUMPAT peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang member kebaikan

BERKENAL-KENALANLAH DENGAN SETIAP MUSLIM/MUSLIMAT yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan ringkaskanlah pelaksanaannya.

“SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA ITU DALAM KEADAAN YANG PALING BAIK. KEMUDIAN KAMI KEMBALIKAN DIA DALAM DARJAT YANG PALING RENDAH KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH. MAKA BAGI MEREKA GANJARAN YANG TIDAK TERHINGGA.” 
(Surah At-Thiin – Ayat 4-6)

Tuesday, August 2, 2011

Kata-kata Nasihat IBNU QAYYIM

Dengan nama ALLAH yang Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sumber: Google

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali MENERIMA KEHENDAK ALLAH S.W.T.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali BERJINAK DENGAN ALLAH S.W.T.

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali SERONOK MENGENALI ALLAH S.W.T.

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali  BERLINDUNG, BERTEMU DAN BERJUMPA DENGAN-NYA

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali REDHA DENGAN SURUHAN DAN LARANGAN-NYA SERTA QADAR DAN QADHA-NYA SERTA SENTIASA BERSABAR SEHINGGA MENEMUI-NYA

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali KECINTAAN KEPADA-NYA DAN 
BERMOHON KEPADA-NYA.

 ~Istiqamah berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.. . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu. ~

Asmaul Husna (99 Nama-nama Tuhan)

Dengan nama ALLAH yang Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sumber: Google

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar -Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17.Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27.As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Ma! ha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31.Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir -Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42.Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - MahaMulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil -Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy -Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy -Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
 66. Al-Majid - MahaMulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal -Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
 88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..." Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi)