AL-TAUHID
Ertinya Al-Ifrad; iaitu mengesakan Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan suatu apa pun. Ertinya tidak ada suatu
apa pun yang menyerupai ALLAH.
ALLAH S.W.T.
berfirman:
Maksudnya: “Dan Tuhanmu ialah Tuhan yang Esa, tidak ada
tuhan yang berhak disembah kecuali Dia yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.” (Surah al-Baqarah: 163)
Imam al-Junaid
al-Baghdadi berkata: “Tauhid ialah
mengesakan al-Qadim (Yang tidak
memiliki permulaan; Allah) daripada al-Muhdath
(Segala yang baharu; makhluk).”
Dalam kesempatan lain tentang definisi tauhid, Imam al-Junaid juga berkata:
“Tauhid ialah
berkeyakinan bahawa Dia (Allah) tidak ada sekutu bagi-Nya, tidak
terpisah-pisah, tidak melahirkan, dan tidak dilahirkan. Dan menafikan adanya
sekutu bagi-Nya, menafikan adanya lawan bagi-Nya, menafikan adanya keserupaan
bagi-Nya. Serta menetapkan kewujudan-Nya tanpa ada keserupaan (Tasybih), tanpa
disifati dengan sifat-sifat benda (Takyif), tanpa membayangkan-Nya (Tashwir)
dan tanpa menyerupakan-Nya dengan suatu apa pun (Tamtsil). Dia Allah tidak
menyerupai apa pun dan tidak ada apa pun yang menyerupai-Nya.”
Imam al-Qusyairi
berkata “Tauhid ialah menghukumi bahawa
Allah tidak ada sekutu bagi-Nya.”
Imam Zunnun al-Misri
ketika ditanya definisi tauhid, beliau menjawab:
“Tauhid ialah
berkeyakinan bahawa Allah Maha Kuasa terhadap segala sesuatu tanpa Dia menyatu
dengan sesuatu itu sendiri, dan bahawa Allah Pencipta segala sesuatu tanpa Dia
menyentuh segala sesuatu tersebut. Sesungguhnya Allah Pencipta segala sesuatu,
dan tidak ada suatu apa pun yang menciptakan Allah. Dan apa pun terbayang dalam
fikiranmu tentang Allah bukan seperti yang dibayangkan itu.”
No comments:
Post a Comment