Dua bayi perempuan dilahirkan pada musim bunga tahun 1953 di Heppner,Orgeon, Amerika Syarikat. Kedua-duanya membesar,berkahwin,membina keluarga seperti orang lain. Namun keduanya dikejutkan 56 tahun kemudian dengan berita yang tidak pernah diduga. Mereka rupanya telah tertukar semasa bayi ketika di hospital tempat mereka dilahirkan selepas penjaga bayi memandikan mereka.
Memang luar biasa penemuan ini. Mungkin satu dalam sejuta, namun tiada yang luar biasa apabila Allah mengkehendaki. Dia yang mentakdirkan pertukaran tersebut dan Dia juga yang membongkar kembali rahsia yang tersimpan selama 56 tahun, malah ibu bapa kedua-dua bayi tersebut juga tidak pernah tahu kerana mereka meninggal dunia sebelum hal sebenar terdedah.
Kay Rene dari daerah Condon dibesarkan dalam keluarga Reed dan kemudian berkahwin lalu menggunakan nama Kay Rene Reed Quall. Dee Ann yang tinggal di Fossil pula dibesarkan dalam keluarga Angell, apabila berkahwin menggunakan nama Dee Ann Angell Schafer.
Panggilan Telefon
Tahun 2009, Bobby Reed, abang kepada Kay Rene menerima panggilan telefon daripada seorang wanita tua berusia 86 tahun. Wanita ini kenal ibu Bobby dan tinggal berjiran dengan keluarga Angell di daerah Fossil. Menurut wanita ini, Marjorie Angell pernah meluahkan bahawa hatinya kuat merasakan bahawa bayinya telah tertukar semasa di hospital. Bagaimanapun, lama kelamaan Marjorie akhirnya melupakan sahaja rasa hatinya itu.
Bobby dengan rasa ingin tahu berjumpa dengan wanita yang menelefonnya. Wanita itu membawa gambar kanak-kanak perempuan yang berusia awal belasan tahun.
"Rupa budak ini macamKay Rene semasa kecil..." komen Bobby.
"Sebenarnya Kay Reen bukan anak keluarga Reed." Wanita itu membuka cerita.
Gambar kanak-kanak tadi adalah gambar adik kepada Dee Ann Angell. Bobby memberitahu dua orang kakaknya mengenai cerita ini dan salah seorang kakaknya memberitahu Kay Rene, yang pastinya sangat terperanjat dengan khabar tersebut.
Menjalani Ujian DNA
Kedua-dua keluarga yang ibu bapa masing-masing telah meninggal dunia bertukar-tukar maklumat. Dee Ann yang menetap di Washington diberitahu mengenai isu tersebut oleh kakaknya, Juanita.
Mereka menyiasat khabar angin yang mengatakan Kay Rene dan Dee Ann tertukar semasa bayi dan Kay Rene bertegas ingin menjalanii ujian DNA ke atas Kay Rene, Dee Ann, Bobby dan Dorothy.
Bobby dan Dorothy adalah adik beradik Kay Rene dalam keluarga Reed.
Keputusan DNA Kay Rene menunjukkan perkaitan genetik 'sifar' dengan Bobby dan Dorothy, adik beradiknya dalam keluarga Reed. Manakala keputusan j ujian DNA Dee Ann menunjukkan 99.9 peratus perkaitan genetik dengan Bobby dan Dorothy. Kay Rene dan Dee Ann bertemu selepas menerima keputusan ujian DNA.
"Selepas berjumpa Kay rene, saya terus balik ke rumah dan memberitahu suami. Saya kata, mula-mula saya tak tahu kenapa perempuan itu beria-ia nak menjalani ujian DNA."
ee Ann mengingat kembali saat-saat keputusan DNA didapati.
"Saya rasa terkejut apabila melihat wajah Kay Rene seperti kembar kepada adik perempuan saya..."
Belajar Menerima Hakikat
"Saya menangis. Saya mahu terus menjadi keluarga Reed.." Ini luahan rasa Kay Rene.
"Hidup saya sangat gembira dan bahagia dalam keluarga ini. Semua kengan indah dengan kelurga ini sepatutnya milik Dee Ann. Apabila saya melihat dia, saya merasa seolah-olah telah melakukan satu penipuan.." sambung Kay Rene lagi.
"Saya sedang cuba untuk menjalani masa depan dengan fikiran positif. Saya sayngkan anak-anak. Saya cintaka n suami saya. Dan saya bahagia dengan kehidupan yang saya miliki sekarang."
Ini pula luahan perasaan Dee Ann selepas mengetaui rahsia yang terbongkar selepas 56 tahun.
"Saya tidak boleh menoleh ke belakang. Ini boleh membuat saya jadi gila! sedih apabila mengenangkan yang saya tidak pernah berkesmpatan mengenali ibu bapa kandung ynag sebenar." Dee Ann Angell Schafer berkongsi perasaanya dengan penonton siaran televisyen Good Morning America.
Kay Rene dan Dee Ann menjadi sahabat dan meriakan hari lahir bersama-sama. Kay Rene memperkenalkan Dee Ann kepada rakan-rakan dan teman kerja sebagai "My Swister", merujuk kepada perkataan 'tertukar' (switch) dan 'adik beradik perempuan' (sister) dalam bahasa inggeris.
Inilah salah satu peristiwa antara jutaan peristiwa yang ditakdirkan oleh Yang Maha Pencipta dan Perancang.
Luar biasa atau tidak.. segalanya atas perancangan dan pelaksaan Allah. Semuanya menyerlahkan sifat Maha Sempurna dan Maha Agung-Nya.
Sifat Keagungan Allah Tersirat Di Sebalik Peristiwa
Allah Al Muid (Maha Mengembalikan) mengembalikan mereka kepada keluarga sebenar. Sifat Allah Al-Muid yang ternulik dalam Asmaulhusna bukan sahaja menjelaskn sifat Allah Yang mempunyai kuasa mutlak mengembalikan kejadian makhluk kepada kejadian asal, menghidupkan kembali selepas kematian, malah teraspirasi juga dalam peristiwa Kay Rene dan Dee Ann. Kembalinya mereka ke pangkuan keluarga kandung pada logic akal memang agak mustahil.
Namun Allah mengekalkan maklumat pada seorang wanita tua yang dipanjangkan umur untuk membongkar rahsia yang tersimpan selama 56 tahun. Allah jugalah yang membisikkan kepada wanita tua tersebut supaya prihatin dan berusaha mencari mereka yang terlibat seterusnya membawa kepada perbualan dengan Bobby Reed melalui telefon.
Bukan sahaja Allah ‘simpan’ maklumat dalam ingatan wanita tua itu, tetapi menyimpan ‘maklumat’ dalam setiap sel manusia maklumat genetic dalam bentuk DNA yang diturunkan dari sulbi ke sulbi mereka yang mempunyai kaitan kekeluargaan dan darah. Ujian DNA dapat ‘menceritakan’ sejarah yang terkubur 56 tahun walaupun kedua ibu bapa Kay Rene dan Dee Ann telah lama bersemadi. Maha Agung Allah yang Al Musawwir (Maha Pembentuk) yang menciptakan manusia daripada sel-sel sebagai penyimpan maklumat turun menurun. Siapakah selain Allah yang mampu menciptakan molekul-molekul kimia DNA yang ‘hidup’ yang seolah-olah menjadi ‘buku’ atau ‘perpustakaan’ maklumat diri manusia turun menurun.
Maha Agung Allah yang Maha Jaami’ (Maha Menghinpunkan) yang menghimpunkan dua keluarga atas suatu peristiwa yang luar biasa. Kay Rene dan Dee Ann menjadi sahabat dan juga ‘keluarga’. Allah jualah yang melapangkan hati mereka untuk menerima apa yang berlaku.
Sungguh tidak ada istilah sukar atau mudah bagi Allah dalam pelaksaan qada dan qadarNya. Dengan kehendakNya, Dia berkata “jadilah” maka berlakulah apa yang ditakdirkan.
Sesungguhnya daripada Allah kita semua datang dan kepadaNya kita akan dikembalikan. Kehidupan di alam dunia ini bermula ketika dilahirkan dan sepanjangnya adalah perjalanan kembali kepadaNya. Semoga maksud firman Allah berikut menjadi panduan sepanjang perjalanan pulang kepada Allah.
No comments:
Post a Comment