Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Pergolakan antara Israel dan Palestin tidak pernah surut sehinggalah pada zaman moden ini. Pergolakan yang mengulangi sejarah pada tahun 1946, 1980’an dengan kekejaman Israel membunuh manusia dengan kejam. Bahkan kekejaman ini sebenarnya sebenarnya telah lama berlaku ke atas rakyat Palestin.
Saban hari ada sahaja sasaran muncung senjata tentera Israel ke atas penghuni sebenar Palestin. Sudah lama rejim Zionis (Israel) menceroboh, merampas, merompak, melanin, mencuri tanah dan harta benda peribumi, kini mereka dijadikan sasaran denagn tuduhan yang berat seolah-olah orang-orang Palestin pula bersalah di atas kebangkitan mereka untuk membela harta pusaka dan maruah mereka.
Mengimbau kembali tentang sejarah silam, Bani Israel terkenal dengan sifat kufur walaupun dianugerahkan limpahan nikmat.
Kisah jatuh dan bangunnya sesebuah bangsa begitu banyak menghiasi helaian Al-Quran sebagai satu unsur pengajaran dan pendidikan kepada umat Islam. Lebih menarik, ada juga kisah itu diulang pada beberapa surah. Ia sebagai memperkuat dan melengkapkapkan lagi unsur pengajaran supaya diterjemahkan ke dalam realiti kehidupan yang serba mencabar ini.
Kisah kaum Saba’, kaum ‘Ad, kaum Thamud dan banyak lagi adalah antara cebisan nostalgia silam yang mengungkapkan rahsia tersendiri dan hanya dapat didfahami oleh Muslim yang berfikir.
Satu lagi kisah perlu diberi perhatian dan menjadi renungan umat Islam dewasa ini ialah kisah kaum Yahudi Bani Israel yang banyak dirakamkan Allah dalam Al-Quran bagi mendedahkan tembelang sebenar kaum Yahudi terhadap isu keagamaan dan kemanusiaan sejagat.
Perkataan Israel pada asalnya beerti pilihan, adalah satu sebutan khusus bagi Nasi Yaakub. Jadi Bani Israel adalah susur galur keturunan Nabi Yaakub. Tetapi sekarang Bani Israel lebih dikenali dengan sebutan Yahudi atau Zionis.
Sebagai bangsa pilihan, mereka telah dianugerahkan limpahan nikmat dari Allah yang tidak diberikan kepada bangsa-bangsa lain.
Antaranya diutuskan ramai nabi dan rasul yang berasal daripada kalangan mereka serta diselamatkan daripada kezaliuman Firaun dengan tenteranya. Mereka juga dilindungi awan ketika berjalan di bawah terik matahari dan diturunkan makanan dari syurga iaitu “manna’ dan “salwa” serta dua belas mata air. Banyak lagi nikmat Allah kepada bangsa ini yang tiada terhitung.
Semua nikmat itu Allah rakamkan di dalam Al-Quran seperti firmanNya bermaksud : “Wahai Bani Israel! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepadamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) dengan-Ku supaya Aku sempurna perjanjian-Ku dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu berasa gerund an takut (bukan kepada sesuatu yang lain).” (Surah al-Baqarah, Ayat 40)
Biarpun kenikmtan demi kenikmatan Allah limpahkan kepada bangsa Yahudi, namun mereka berubah menjadi bangsa yang lupa diri, sombong, takbur, bongkak serta mempermainkan ayat Allah dan ajaran agama. Bahkan mereka tergamak membunuh da’ie (pendakwah) dan nabi mereka sendiri yang sentiasa menyeru mereka kearah kebaikan dan kesejahteraan hidup.
Dalam hal ini, Allah berfirman maksudnya : “Seseungguhnya orang yang kufur dan ingkar akan ayat keterangan Allah dan membunuh nabi dengan jalan yang tidak benar serta membunuh orang yang adil, maka sampaikanlah berita menggembirakan mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”(Surah Ali Imran, Ayat 21).
Demikian pula perilaku kaum Yahudi pada zaman Rasulullah S.A.W. yang hamper relatif sama dengan jejak langkah nenek moyang mereka yang terdahulu. Mereka sangat membenci dan berhasad dengki terhadap Baginda dan sahabatnya.
Mereka berusaha dengan pelbagai cara dan helah sama ada secara terang-terangan mahupun sulit supaya kaum Muslimin meninggalkan ajaran agama Islam dan kembali menjadi kufur semula seperti mereka.
Perilaku jahat kaum Yahudi ini, Allah rakamkan dalam Al-Quran sebagai satu pengajaran kepada umat Islam seperti firmanNya yang bermaksud : “Banyak di antara Ahli Kitab(Yahudi dan Nasrani) suka kalau sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir selepas kamu beriman kerana dengki yang timbul dalam diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad S.A.W.).” (Surah al-Baqarah, Ayat 109)
Sejarah Islam juga mencatatkan bahawa kaum Yahudi terkenal dengan sifat khianat dan mungkir janjinya di mana hamper semua perjanjian yang termeterai di antara mereka dengan Rasulullah S.A.W. dikhianati.
Justeru, tidak menghairankan kita sekarang pun rejim Yahudi di Israel tetap mengulangi perbuatan khianat dan mungkir janji seperti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka terdahulu. Mereka bukan sahaja mengkhianati seluruh isi perjanjian damai dengan bangsa Palestin, malah dengan bongkak tidak mahu tunduk kepada resolusi perdamaian Timur Tengah yang diputuskan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Kisah pengkhianatan kaum Yahudi dulu dan sekarang sekali gus membuktikan kebenaran wahyu Ilahi yang mendedahkan tembelang dan sikap kaum Yahudi yang sebenarnya terhadap isu keagamaan, kemanusiaan dan keamanan sejagat.
Oleh itu, mereka adalah golongan yang tidak boleh dipercayai sama sekali. Maka, tidak perlu lagi diusahakan sebarang rundingan atau perjanjian damai, apatah lagi diadakan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan mereka. Bahkan umat Islam di bumi Palestin yang dizalimi dan ditindas oleh rejim Zionis itu wajib berjihad demi mempertahankan maruah, harta benda, tanah air dan agama mereka.
Bagi umat Islam pula, mereka sewajibnya menyokong perjuangan umat Islam Palestin dengan sumbangan material, jiwa raga dan doa pengharapan kepada Allah supaya kemenangan akan berpihak kepada umat Islam.
Dalam mengharungi arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan, kita sebagai umat Islam jangalah asyik leka dengan buaian kemajuan dan pembangunan fizikal. Sebaliknya kita wajib mempersiapkan diri dengan pembangunan insan supaya tersemat mantap iman dan akhlak dalam menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini.
Jangan pula mencontohi perangai jelek kaum Yahudi yang menyombong diri dan mengkhiananti perjanjian kerana padahnya kelak amat buruk. Sejarah silam perlu menjadi tatapan wajib sebagai ikhtibar dan pengajaran berguna pada kemudian hari.
Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata : “Orang yang berakal itu ialah orang yang mahu mengambil ikhtibar dan pengajaran daripada kisah pengalam orang lain.” Pepatah orang tua berkata : “Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.”
Sumber : Pelbagai, Google
No comments:
Post a Comment