AL-ISTIQAMAH
Iaitu sikap konsisten
dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menghidari ajakan-ajakan hawa
nafsu.
Dalam al-Quran, Allah S.W.T. berfirman:
Maksudnya: “Sesungguhnya mereka yang berkata: “Tuhan
kami ialah Allah,” kemudian mereka istiqamah, maka turun atas mereka para
malaikat (menyeru): “Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu berasa
sedih, bergembiralah kamu dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.” (Surah
al-Fushilat: 30)
Dalam sebuah hadis, Rasulullah
S.A.W. bersabda:
Maksudnya: “Katakanlah: “Aku beriman kepada Allah,
kemudian istiqamahlah.”
Imam Muhammad
al-Wasiti berkata: “Ada satu sifat
yang dengan memilikinya seluruh sifat-sifat baik menjadi sempurna, namun
apabila sifat tersebut tidak ada maka semua sifat-sifat boleh menjadi buruk,
iaitu istiqamah.”
No comments:
Post a Comment