AL-IRADAH
Iaitu meninggalkan segala kebiasaan yang umumnya dilakukan oleh manusia. Kebiasaan manusia
umumnya ialah bersifat lalai, cenderung melakukan ajakan syahwat dan banyak
berangan-angan dalam kesenangan duniawi. Seorang salik jika melepaskan diri daripada sifat-sifat yang merupakan
kebiasaan umum ini maka hal ini menunjukkan kebenaran iradah yang ia miliki. Dan ini merupakan maqam paling besar bagi orang yang hendak menapaki jalan tasawuf (al-salikin).
Dalam menyinggung antara tanda-tanda kebenaran al-Iradah seorang salik, Syeikh Muhammad
al-Kittani berkata: “ Ia membiasakan
tiga keadaan:
i) Ia tidur hanya kerana dikalahkan oleh
rasa mengantuk.
ii) Ia makan hanya kerana dikalahkan oleh rasa lapar.
iii) Ia tidak berbicara kecuali dalam keadaan darurat.”
No comments:
Post a Comment