AL-SYUKR
Iaitu menggunakan
segala nikmat yang dikurniakan mengikut
jalan syariat dan menjaga kenikmatan tersebut daripada sesuatu yang diharamkan.
Sebagai contoh nikmat tubuh dengan segala
anggota-anggotanya, hanya digunakan dalam melaksanakan segala perintah Allah
dan menjauhkannya daripada segala yang dilarang oleh-Nya. Ia merupakan definisi syukur yang wajib.
Adapun syukur yang sunat adalah dengan memperbanyakkan memuji Allah dengan lidah, seperti
mengucapkan “al-Hamdulillah..” dan
sebagainya.
Pernah Imam al-Sirri
al-Saqti bertanya kepada Imam
al-Junaid al-Baghdadi ketika umurnya tujuh tahun: “Wahai anakku, apa yang engkau ketahui tentang makna bersyukur kepada Allah?”
Imam al-Junaid al-Baghdadi menjawab:
“Bersyukur kepada Allah itu ialah tidak
menggunakan segala nikmat yang telah Allah kurniakan dalam kemaksiatan
kepada-Nya.”
No comments:
Post a Comment