Sunday, July 24, 2011

Kenalkan Tuhan Dahulu, Baru Ibadahnya

Dengan nama ALLAH yang Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sumber: Google

Mengapa ibadah tidak dapat membangunkan peribadi-peribadi umat Islam hari ini menjadi seperti peribadi-peribadi agung para Sahabat serta salafussoleh zaman dahulu? Umat Islam bersembahyang , tapi masih suka bergaduh. Mereka berpuasa, naik haji, membayar zakat, tetapi masih lagi memfitnah, mengadu domba, hasad dengki, dendam, bakhil, tamak dan lain-lain. Mengapa terjadi demikian, sedangkan sepatutnya  dengan beribadah, umat Islam akan menjadi semakin baik dari hari ke hari dan semakin maju dan bersatu padu?

            Sebenarnya sejak beberapa ratus tahun yang lalu, terutama setelah penjajah Negara-negara umat Islam, para pendakwah dan juga para ulama sudah tersilap cara dalam mengenalkan Islam. Mereka mengenalkan syariat dulu, tetapi tidak memperkenalkan Tuhan. Edangkan syariat itu cara berhubung dengan Tuhan. Ertinya, cara berhubung dengan Tuhan ditunjuk, tapi Tuhan itu sendiri tidak dikenalkan. Kalau tuhan itu disebut pun sedikit sangat. Sebab itu solat, puasa, haji, wirid, zikir dan lain-lain tidak berkesan, kerana orang beribadah tapi sudah kehilangan Tuhan.

            Cuba kit abaca sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W. Baginda berjuang selama 23 tahun. Apa yang Rasulullah sampaikan adalah dua aspek. Pertama, tentang akidah iaitu tentang Tuhan. Kedua, tentang syariat. Tuhan hanya satu, sedangkan syariat beribu jenis; ada yang sunat, ada haram, ada makruh, ada fadhoilul a’mal.

            Kalau kita tidak rujuk dengan sejarah, tentu kita rasa Rasullulah memperkenalkan syariat lebih lama daripada memperkenalkan Tuhan. Sebaliknya kalau kita kenang kembali sejarah perjuangan Rasullulah S.A.W. dalam memperkenalkan Tuhan, sehingga orang bukan sahaja beriman  dengan Tuhan, tapi datang rasa cinta, kasih dan takut dengan Tuhan, adalah selama 13 tahun. Padahal syariat yang begitu banyak, Rasullulah ambil masa selama 10 tahun, iaitu 9 tahun lebih sedikit sahaja. Dalam tempoh 10 tahun memperkenalkan syariat itu Rasullullah masih terus memperkatakan tentang Tuhan. Ertinya keseluruhan hidup 23 tahun itu Rasullullah memperjuangkan Tuhan. Secara relatifnya amat pendek masa yang digunakan untuk memperkenalkan syariat.

            Di sini kita Nampak, apa erti perjuangan syariat tapi tidak kenal Tuhan. Tidak ada kesan apa-apa. Sebab itu orang yang beribadah dengan orang yang tidak beribadah, sama saja. Kalau orang yang tidak solat, tidak wirid, tidak baca Quran buat rasuah, itu tidak hairan. Tapi orang yang masih beribadah sama sahaja. Bahkan ampun maaf, di akhir zaman ini sumber fitnah yang paling besar berlaku di masjid. Padahal masjid tempat solat, tempat orang beribadah, tapi disitulah markas besar fitnah. Inilah hasil beribadah tapi sudah kehilangan Tuhan, cinta dengan Tuhan tidak ad, rasa bertuhan tidak ada, jadi tidak ada kesan apa-apa. Sebab itu bila pergi masjid sangat menakutkan, lebih elok pergi ke pasar. Di pasar, habis-habis pun orang tipu harga dan timbangan tapi orang tidak menyesatkan orang lain  dan tidak menfitnah orang lain dengan ayat Al-Quran dn hadis.

          Jadi kalau Tuhan tidak dicintai, macam mana kita nak cinta dengan orang? Apa jasa orang dengan kita? Tuhan yang berjasa dengan kita pun kita tak cinta. Padahal ulama, pemimpin, masing-masing melaungkan mari bersatu, berpadu, tapi ini nonsense. Bersatu dan berpadu anak kuncinya ialah cintakan Tuhan. Kalau tidak boleh cintakan Tuhan, dengan anak, dengan isteri, dengan suami pun tidak boleh bersatu.

            Jadi ulama dan para pendakwah sudah tersilap besar. Lebih-lebih lagi apabila bersyarah di depan ramai., di antaranya ada orang yang tidak bersolat, yang bersolat pun solat tidak betul, ada ynag solat tidak khusyuk, tiba-tiba syarahkan hudud. Ini sangat menakutkan.Orang yang solatnya lintang-pukang lagi, tiba-tiba cerita tentang hudud, cerita tntang potong tangan, bukan sahaja orang kafir, orang Islam pun takut. Jadi, pendekatan sudah salah.

            Cuba kita tengok lebih mendalam lagi. Selain iman, ibu ibadah ialah solat. Tapi Tuhan perintahkan solat pada tahun ke-11. Mengapa lambat sangat? Sudah 11 tahun Nabi Muhammad S.A.W. menjadi Rasul, baru diperintahkan solat. Apa yang kita faham di sini? Apa hikmahnya? Ertinya buat nak cepat solat kalau Tuhan pun belum sempat nak kenal lagi.

            Jadi kita kena berkmepen secara besar-besaran tentang Tuhan, Tuhan, Tuhan, hingga orang bukan sahaja beriman tapi jatuh hati, mabuk dan cinta dengan Tuhan. Bila disebut Tuhan sahaja, terus menggeletar lantaran takut dengan Tuhan.

            Para Sahabat sewaktu hendak solat, ketika ambil wudhuk ladi sudah pucat. Setengah jam atau satu jam lagi sebelum solat sudah menggeletar. Mereka teringat  ‘yang hendak aku sembah ni siapa’,’siapa yang hendak aku sembah’. Kia pula bila hendak solat sempat baca surat khabar. Dalam surat khabar itu ada cerita bintang filem, gambar orang dedah aurat. Boleh khusyukkah solat kita? Baru seminit tadi tengok gambar perempuan terdedah aurat, tiba-tiba angkat tadbir. Solat kita tidak ada erti apa-apa. Bahkan ampun maaf kita tengok zaman sekarang ni, ada tok guru, ustaz-ustaz, solat mereka bukan main laju. Itu solatkah?

            Sebab itulah umat Islam, kalau solat belum selesai, maka mereka tidak aka nada kekuatan dan perpaduan serta tidak akan mampu mengalahkan musuh.

            Mengapa perlu diutamakan penekanan terhadap Tuhan, kemudian baru syariat-Nya?
            Contohnya, anak-anak umumnya akan sangat cinta akan mak ayanhnya tanpa perlu suah payanh disuruh, betapa seronoknya dia berkhidmata dengan mak ayahnya. Tapi kalau dengan mak ayah dia sakit hati, makin disuruh makin sakit hati, kerana dia idak cinta akan mak dan ayahnya. Begitulah dengan Tuhan, kalau bercinta dengan Tuhan, bukan sahaja syariat itu diamalkan dan dihayati serta dijunjung tinggi bahkan nyawa pun sanggup orang korbankan untuk Tuhan.

            Sebenarnya kalau kita faham, memang elok diutamakan dan didahulukan. Tetapi hari ini para ulama, para pendakwah,pejuang-pejuang lebih banyak menceritakan syariat daripada menceritakan Tuhan, sedangakan syariat orang tidak seronok dengar. Kalau ada orang bermujahadahnya kuat, yang membolehkannya mengikut syariat, tapi yaiat itu akan menjadi ideologi. Solat, naik hajinya banyak, tapi erangai tidak berubah. Kenapa? Sebab dia beribadah dan bersyariat teta[pi putus dengan Tuhan. Dia beribadah itu bukannya sedap, dia berbuat dengan rasa tidak seronok dan terpaksa, solatnya bukan dari hati, hanya terfikir aku orang Islam kenalah buat. Atau lebih teruk sebab kerana ingin menjaga imej dan pemerhatian dari orang ramai. Aku ni pemimpin, kenalah bagi contoh yang baik-baik. Buat amalan kebajikan banyak-banyak. Nanti segan orang mengata pulak dan sebagainya. Lebih menitikberatkan pandangan manusia dari pandangan Tuhan. Betapa dia ihklas atau tidak ikhlas berbuat kebaikan begitu.

            Manusia kalau asyik dengan Tuhan, bersyariat pun ketagih. Ertinya payah nak diungkai walaupun menanggung risiko dan halangan. Cuba tengok orang ketagih merokok. Seangkan mereka tahu ada risikonya. Tapi oleh kerana ketagih jadi sangat susah hendak ditinggalkan tabiat itu.

            Sebab itulah para Sahabat sangat suka bersolat. Solat sunat yang paling ‘lekeh’ dikalangan mereka sekurang-kurangnya 100 rakaat sehari semalam. Rasullullah pernah bersabda, “Solat itu cahaya mataku (kesenangan dan kebahagiaanku).”

            Sayidina Ali. K.w., ketika bersolat sunat dua rakaat, begitu asyiknya dengan Tuhan sehingga apabila dicabut panah yang melekat dibetisnya, dia tiak sedar dan tidak terasa skit sedikit pun.

            Sebaliknya kalau Tuhan tidak ditakuti, tidak digeruni bahkan tidak dikenali, syariat-Nya mudah terbarai. Susah siit sahaja, bukannya boleh bawa mati, baru kena bisul umpanya atau kesukaran di dalam keretapi, sudah tidak solat.

           Jadi solat, naik haji atau apa sahajaibadah yang terputus dengan Tuhan, ini merupakan satu kesalahan. Apa ertinya bersyariat kalau tidak ada hubungan dengan Tuhan. Hailnya solat atau ibadah itu tidak akan dapat membangunkan insaniah seseorang.

            Bagaimana menyelesai masalah jenayah dan moral?

            Apabila manusia sudah menjadi baik, sudah ada rasa bertuhan dan subur rasa kehambaan dalam hatinya, maka akan datang rahmat, bantuan dan berkat dari Allah S.W.T. Behitu caranya menangkis masalah. Sebaliknya , kalau manusia ini sudah derhaka dengan Tuhan, Tuhan sudak tidak suka, walaupun Negara aman, serba canggih, simpan duit di bank yang canggih, habis juga dirompak orang.

            Patutnya apabila melihat masalah jenayah dan moral yang semakinmenjadi-jadi, para ulama dan pemimpin syarahkan pada rakyat tentang Tuhan. Sekarang yang menjadi masalah ulama menceritakan syariat dan halal haram sahaja tapi tidak menceritakan tentang Tuhan. Padahal kalau sudah cintakan Tuhan, automatic syariat orang akan ikut.

            Keutamaanya patut diberi kepada Tuhan, sampai orang cintakan Tuhan, menjadikan Tuhan cinta agungnya. Barulah berkesan wirid, solat, puasa, naik haji dan ibadah-ibadah lain termasuklah amalan harian manusia yang lain, yang  apabila segala-gala amalan (semestinya baik) dilakukan kerana Allah, kerana cintakan Allah, maka amalan-amalannya dikira ibadah. Maka, alangkah betapa  beruntungnya manusia yang cintakan Allah dan melaksanakan syariatNya atas rasa cinta, taqwa dan penuh keikhlasan yang dijanjikan Allah kekal di syurga nanti. InsyaAllah, dengan rahmatNya jua.

Ubahsuai dari Artikel Asal , Majalah Ana (sekitar tahun 2000-2002)
               

No comments:

Post a Comment