Menurut sebahagian besar ulama, di saat hendak meninggal dunia malaikat maut akan mengunjungi berulang-ulang kali orang yang sedang nazak itu.
Kadang-kadang ia menunjukkan dirinya dengan jelas, bahkan kadang-kadang suaranya jelas terdengar olehnya. Kehadiran malaikat maut ini sebenarnya adalah suatu peringatan bahawa tidak lama lagi orang itu akan meninggal.
Rupanya malaikat maut ingin member peringatan agar orang itu bersiap sedia dengan ‘bekalan amalannya’. Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. dalam hal ini telah bersabda : “Apabila Allah bermaksud baik kepada seseorang hamba, maka bentuk malaikat maut itu akan disesuaikan denagan amal solehnya sebelum mati.”
Berdasarkan hadis ini, jelaslah bahawa bentuk malaikat maut yang dating itu bergantung kepada tingkat iman dan amal solehnya ketika hayat masih ada. Semakin banyak amal soleh seseorang itu, maka bentuk malaikat maut yang dating juga semakin menyenangkan. Sebaliknya semakin besar dosanya, maka bentuknya akan semakin menakutkan.
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W. pernah bersabda bahawa sebaik-baik sikap pada waktu meninggal adalah ingat kepada Allah dengan mengucapkan “Lailaha Illallah.”
Pada kenyataannya, amat jarang orang yang mampu mengucapkan kalimat syahadah ini dengan keikhlasan yang mendalam.
Menurut para alim ulama, pada saat seseorang akan meninggal, iaitu pada saat roh sudah sampai di kerongkong maka ingatan, akal, dan ilmu akan hilang; yang berfungsi hanyalah alam bawah sedarnya.
Pada saat kritikal tersebut, syaitan berusaha sekuat tenaga dengan pelbagai cara untuk mengalihkan perhatian orang yang sedang menghadapi sakaratulmaut itu agar jangan sampai mengucapkan“Lailaha Illallah”.
Bermacam-macam tipu daya dikeluarkannya. Ia boleh menjelma menjadi bentuk ayah atau ibu yang telah meninggal dunia, ataupun ia menjelma menjadi bentuk yang menakutkan.
Semua godaan syaitan ini tujuannya hanya satu, iaitu agar orang yang sedang menghadapi sakaratulmaut itu terlena atau takut, sehingga akhinya ia akan lupa kepada Allah.
Oleh itu, apabila kita melihat orang yang sedang berjuang dalam sakaratulmaut, maka bantulah dia dengan membisikkan berulang-ulang kali kalimah “Lailaha Illallah”. Iaitu sebagaimana petunjuk yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W. : “Talkinkan olehmu orang yang sedang dalam sakaratulmaut itu, dengan mengucapkan “Lailaha Illallah”. Orang yang mengakhiri perkataannya itu dengan kalimat syahadah, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga”.
Salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W., iaitu Umar bin Khattab berkata, “Ucapkanlah kepada mereka yang sedang dalam sakaratulmaut itu “Lailaha Ilallah”. Mereka itu melihat apa-apa yang tidak terlihat olehmu”.
Bagaimana cara mengatasi godaan syaitan pada waktu sakaratulmaut?
Godaan syaitan yang sangat berat pada waktu sakaratulmaut ini, hanya dapat diatasi dengan satu cara, iaitu RASA CINTA yang mendalam kepada ALLAH S.W.T. Kerana, apa yang paling dicintai, apa yang menjadi kerinduan siang dan malam, maka itulah yang akan diingat oleh kita di waktu nafas terakhir.
Seringkali kita jumpa orang yang sedang nazak menepis-nepis atau menolak-nolak bila dibisikkan“Lailaha Ilallah” di telinganya. Hal ini terjadi kerana dalam keadaan sakaratulmaut, akal telah pergi, ingatan hilang; hati nurani akan melupakan semua hal, kecuali pada apa yang dicintai saja.
JADI MULAI SEKARANG, KITA MESTI MENGINGATI ALLAH SENTIASA. Latihkan diri untuk mencintai-Nya selalu. Kelak ketika pada saat meninggal nanti hanya ingat kepada Allah dengan mengucapkan “Lailaha Ilallah”. Pupuklah rasa cinta kepada Allah. Kerana, sekali lagi, dalam keadaan sakaratulmaut akal akan beku, sedangkan hati hanya mampu mengingat apa yang kita cintai saja.
Rasa cinta yang mendalam jelas mustahil untuk muncul dalam sekelip mata sahaja. Terutamanya apabila mengharapkan rasa cinta pada Allah itu muncul pada waktu sakaratulmaut, dimana akal sudah tidak normal dan syaitan sedang menggoda dengan seberat-berat godaan, serta badan menanggung rasa sakit yang luar biasa seperti ditusuk-tusuk dengan 300 tusukan pedang.
Untuk melahirkan rasa cinta pada Allah, biasakanlah BERZIKIR mengingatiNya. Jadikan Allah itu seperti kekasih dan letakkanlah Dia dalam rongga hati kita yang paling dalam.
Pada ulama mengatakan, setelah soal-jawab di dalam kubur maka roh selanjutnya ditempatkan di alam barzakh. Ia akan ditempatkan pada tempat-tempat yang sudah disiapkan untuknya; iaitu sesuai dengan amal perbuatannya selama hidup di dalam dunia.
Mereka yang banyak membuat amal soleh, iaitu selalu taat mengerjakan perintah-perintah Allah ditempatkan di tempat yang baik sekali, lebih indah dari kesenanganyang terdapat dalam mimpi. Sedangkan bagi yang selalu melanggari perintah-perintah Allah akan mengalami penderitaan yang luar biasa pedihnya.
Bagi mereka itu, alam barzakh adalah benar-benar tempat deriat dan sengsara. Dalam hal ini Rasulullah S.A.W. bersabda; “ Janganlah kamu memaki orang yang telah mati. Kerana sesungguhnya mereka telah menemui apa yang mereka amalkan semasa hidupnya.”
Marilah dari sekarang kita sedari, bahawa banyak harta sedikit amal soleh ternyata tidak ada gunanya sama sekali. Harta yang dicari bermati-matian di dunia itu akhirnya akan dibahagi-bahagikan oleh ahli waris. Bayangkanlah, setelah bersusah payah mengumpulkan harta, kadang-kadang sudah Maghrib masih di pejabat. Kemudian kita meninggal dunia. Mayat hanya terbaring di tempat pembaringan – belum dimandikan dan belum dikafankan – para ahli waris sudah bertengkar, berebutkan harta yang kita kumpulkan bermatian-matian itu.
Susah payah mengumpulkan harta selama ini, ternyata hanya untuk mengadu anak berkelahi sesama sendiri berebutkan harta pusaka.
Yang dapat kita bawa masuk ke liang lahat hanyalah secarik kain kafan iaitu kain putih sepanjang empat hasta. Tidak lebih dari itu.
Rasulullah S.A.W. bersabda; “Sesungguhnya kubur adalah tahap pertama dari beberapa tempat di akhirat. Kalau seseorang telah selamat di situ, maka tahap yang sesudahnya akan lebih mudah, dan kalau tidak selamat di situ, tahap yang sesudahnya akan lebih berat lagi.”
Ingin saya sampaikan sekali lagi, mengucapkan kalimat “Lailaha Illallah” dengan sepenuh perasaan pada saat sakaratulmaut. Sepintas pendengaran memang mudah, namun kenyataannya hanya orang tertentu saja yang sanggup mengamalkannya.
Agar kita mampu mengucapkan pengakuan “Lailaha Illallah” pada saat yang nazak, maka kita harus cintakan Allah S.W.T. sehingga tertanam ke dalam lubuk hati.
Untuk itu, satu-satunya jalan adalah nerjihad dengan menundukkan nafsu agar menjadi manusia yang bertaqwa.
Ingatlah, mati itu pasti bergerak menghampiri kita dengan kepantasan 60 minit per jam. Di akhirat nanti, tidak ada jalan keluar dari neraka jika terlupa pada Yang Maha Sempurna.
Wallahu a’lam bish-showab
Sumber : Yahoo Email
No comments:
Post a Comment