AL-ZIKR
Iaitu selalu mengingati
ALLAH dalam setiap situasi dan keadaan.
ALLAH S.W.T.
berfirman:
Maksudnya: “Wahai sekalian orang beriman, ingatlah kamu
kepada ALLAH dengan ingatan (zikir) yang banyak”. (Surah al-Ahzab: 41)
Imam al-Qusyairi
berkata:
“Zikir ialah tapak
yang kuat dalam jalan menuju ALLAH , bahkan zikir ini merupakan sandaran yang
paling utama dalam jalan ini. Seseorang tidak akan mencapai tujuan dalam
perjalanannya menuju ALLAH kecuali dengan selalu melakukan zikir. Zikir
terbahagi kepada dua bahagian; zikir
dengan lidah dan zikir dengan hati.
Zikir dengan lidah boleh menjadikan seseorang selalu menghadirkan zikir
dalam hatinya. Zikir dengan lidah dapat memberikan pengaruh yang sangat kuat
terhadap zikir di hati. Seseorang yang sudah dapat berzikir dengan lidah dan
hatinya maka sekali gus ia termasuk dalam orang yang memiliki sifat sempurna
dalam perjalanannya.”
Sebahagian ulama sufi menyatakan: “Carilah olehmu ‘rasa manis’
dalam 3 perkara:
i) Dalam
solat
ii) Zikir
iii) Membaca
al-Quran
Sebahagian mereka pula menyatakan bahawa apabila seseorang
sudah memiliki hati yang kuat dalam zikirnya, maka zikir tersebut akan
menjadikan syaitan yang mendekatinya “kerasukan”, seperti halnya seorang
manusia kerasukan oleh bangsa syaitan itu sendiri. Apabila syaitan-syaitan
lainnya berkumpul dan bertanya-tanya apa yang menimpa syaitan yang kerasukan
tersebut, mereka mendapat jawapan bahawa hal itu disebabkan pengaruh kekuatan
zikir si fulan.
No comments:
Post a Comment