Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
AL-JU’WA TARK AL-SYAHWAH
Iaitu lapar dan meninggalkan syahwat. Antara sifat-sifat kaum sufi ialah membiasakan diri untuk lapar. Bahkan hal ini termasuk rukun antara rukun-rukun mujahadah. Banyak sumber-sumber hikmah yang tidak dapat diraih kecuali dengan jalan mengosongkan perut. Antara faedah besarnya ialah menggerakkan seseorang untuk selalu bertakafur dan giat melakukan ketaatan.

Rasulullah S.A.W.
bersabda:
Maksudnya:
“Cukup bagi seorang manusia beberapa suap makanan sahaja iaitu seukuran yang
dapat meluruskan tulang rusuknya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Imam Sahl al-Tustari
berkata: “Ketika ALLAH menciptakan dunia
ini, Dia menjadikan rasa kenyang itu kemaksiatan dan kebodohan, dan menjadikan
pada rasa lapar itu ilmu dan himah.”
Diriwayatkan bahawa Imam
Sahl al-Tustari ini hanya makan ala kadarnya setiap 15 hari sekali. Dan
apabila datang bulan Ramadan ia tidak makan suatu apa pun, kecuali setiap
malamnya berbuka dengan hanya beberapa teguk air sahaja.”
No comments:
Post a Comment